Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

Kami sedang mengemaskini page ini untuk maklumat terkini bagi peperiksaan yang akan
berlangsung pada 3 November 2017.

Sementara itu muat turun

Nota Ringkas Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017

Tekan sini untuk WhatsApp En. Rammel Ramli ( 019 848 9825) SEKARANG!

contoh soalan pegawai tadbir diplomatik nota exam pegawai kawalan trafik


Contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41; Adakah anda sedang mencari contoh soalan yang berkenaan dengan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)? Teruskan membaca jika jawapan anda ya!

Peperiksaan bakal diadakan dijangka pada penghujung bulan Oktober mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pihak SPA bakal didukduki oleh calon-calon yang ingin memajukan diri kehadapan untuk memikul jawatan yang lebih tinggi.

Seperti mana-mana peperiksaan, persediaan awal amat penting untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Terdapat kemungkinan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik akan dijalankan secara online seperti peperiksaan Penguasa Kastam W41 yang dijalankan pada 6 September 2014 yang lepas.

3 Peringkat Menjawat Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Secara asasnya Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 mempunyai 3 peringkat seperti berikut :

Peperiksaan PTD M41
Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:
Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

PERHATIAN! SILA BACA FORMAT TERBARU PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD) YANG DIJALANKAN SECARA ONLINE KLIK SINI

PTD Assessment Centre (PAC)
Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

contoh soalan PTD

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

3. Temuduga Oleh Panel Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD
Sumber : www.intanbk.intan.my

Pin It on Pinterest