• Kumpulan:Sokongan
  • Kem/Jab: Jabatan Akauntan Negara
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,367.00 RM5,098.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    • diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
    • Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [ Gaji Permulaan: RM1,892.68 ]
    • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di atas; atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    3. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
  • Tugas Penolong Akauntan W27:
    Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

Sumber : Tugas Penolong Akauntan W27

Pin It on Pinterest