Contoh Soalan Temuduga

Kerja kerajaan sememangnya menjamin masa depan! Semua orang berkata sedemikian. Semua begitu teruja untuk memasuki kerjaya di sektor awam. Kerja kerajaan adalah impian kebanyakan orang. Walaubagaimanapun, sebelum diterima masuk bekerja sebagai pekerja di sektor kerajaan, seseorang individu perlulah memohon dan menduduki peperiksaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Bagi calon-calon yang berjaya, mereka akan dipanggil untuk proses seterusnya iaitu temuduga. Contoh soalan Pegawai Penyelidik Gred Q41. Anda baru sahaja lulus peperiksaan Pegawai Penyelidik Gred Q41 yang diadakan baru-baru ini. Langkah seterusnya adalah temuduga. Apakah soalan-soalan yang biasa ditanya oleh pememuduga? Disini saya ada kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan yang mungkin ditanya. Teruskan bacaan anda. 

Oleh: Rammel Firdaus
Penulis Laman Blog Kerjaya, Skopkerjaya.com

Tidak kira apapun peperiksaan yang diadakan, sama ada penguasa kastam W41 atau pegawai tadbir diplomatik atau apa-apa sahaja jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia, Setiap calon yang lulus peperiksaan akan dipanggil untuk proses seterusnya iaitu temuduga SPA. Pada fasa inilah, ramai calon yang berpotensi akan kecundang akibat gagal menjawab soalan “bonus” oleh penemuduga.

Biasanya ramai calon Pegawai Penyelidik Q41 akan gagal pada peringkat Temuduga kerana tidak menjawab soalan dengan tepat atau seperti yang dikehendaki oleh penemuduga. Faktor Lain yang juga mempengaruhi keputusan penemuduga adalah pekara-pekara remeh yang mungkin kita bagi kita tidak ada masalah seperti bergurau.

Apakah soalan lazim yang akan ditanya semasa Temuduga SPA?

Soalan temuduga Pegawai Penyelidik yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :

  • Latar belakang & kelayakan calon
  • Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Dasar kerajaan
  • Isu semasa dalam & luar negara.

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon

  • Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
  • Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
  • Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan?
  • Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
  • Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
  • Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

  • Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
  • Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
  • Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
  • Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
  • Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

  • Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menter- menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
  • Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
  • Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
  • Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2014 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
  • Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
  • Apakah tema bajet 2014?
  • Terangkan dengan dengan ringkas GST?
  • Apakah GTP?

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara

Isu Semasa Dalam Negara

  • Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
  • Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?
  • Apakah isu yang berkaitan dengan MH17
  • Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?
  • Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.
  • Apakah tema Hari Kemerdekaan 2014?

Isu Semasa Luar Negara

  • Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.
  • Krisis yang berlaku di Syria.
  • Krisis yang berlaku diantara Ukraine dan Russia
  • Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

Pada muka surat seterusnya, saya berkongsi dengan anda satu sumber rujukan mengenai temuduga SPA. Anda akan didedahkan dengan:

  •  10 soalan Killer yang menjadi antara favourite soalan panel temuduga kepada calon,
  • Checklist Temuduga satu komponen yang efektif untuk persediaan temuduga anda.
  • 5 Peta Minda (Mind-Map) bagi memudahkan anda rujuk di saat akhir sebelum temuduga
  • Perkongsian calon yang telah hadir ke temuduga di sektor swasta pelbagai jawatan
  • dan banyak lagi informasi yang anda perlukan untuk menghadapi temuduga PTD.

Disamping itu, anda juga akan didedahkah 9 Sebab kenapa anda nak sangat lulus Temuduga dan dapat Kerja. Klik butang dibawah untuk ke muka surat seterusnya.

button

 

 

Pin It on Pinterest