Sejarah Kastam – Latarbelakang Dan Sejarah Jabatan Kastam Diraja

Home » PTD » Sejarah Kastam – Latarbelakang Dan Sejarah Jabatan Kastam Diraja

Sejarah Kastam – Latarbelakang Dan Sejarah Jabatan Kastam Diraja

SEJARAH KASTAM – SEJARAH JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

SEJARAH AWAL PENTADBIRAN CUKAI

Bagaimana Sejarah Kastam berlaku? Sistem pentadbiran cukai sebenar telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan penjajah Barat lagi iaitu di zaman Kerajaan Melayu Melaka dan semasa pemerintahan Kerajaan Johor Riau lagi.

Di zaman Kerajaan Melayu Melaka telah wujud peraturan-peraturan dan pelabuhan serta hal-hal yang berhubung dengan struktur percukaian yang melibatkan saudagar-saudagar asing dan tempatan. Pada masa itu pemungut cukai dan segala yang berhubung dengan cukai adalah di bawah tanggungjawab Penghulu Bendahari yang bertugas sebagai:

 “…the Chief of the Exchequer. (He) controlled all the revenue and Customs Officiers and looked after the palace building and equipment”.  (R.J.W.Wilkinson “The Melaka Sultanate”, JMBRAS VOL.XIII-Pt.2,1935,P.31).”

Jawatan yang bertanggungjawab untuk memungut cukai ialah Shahbandar. Merekalah yang merupakan golongan yang menguatkuasakan Peraturan-peraturan dan Undang-undang Pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh Raja.

PENTADBIRAN CUKAI DI NEGERI-NEGERI SELAT 1826

Dengan penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 pentadbiran cukai ditadbir oleh seorang Gabenor dan sebuah Majlis Jeneral di Calcutta yang mana ia dikawal oleh Board of Control Syarikat Hindia Timur. Walaupun Negeri-negeri Selat telah ditubuhkan, namun beberapa struktur dan amalan percukaian yang telah digunakan oleh pembesar Melayu sebelum ini masih dikekalkan, umpamanya sistem Tax Farming iaitu satu bentuk percukaian dengan memajakkan kuasa memungut cukai kepada pemajak yang paling tinggi dengan dikenakan lesen kepada pemajak dan diikuti dengan beberapa syarat. Cara ini dapat melicinkan proses pemungutan cukai eksais. Bagi tujuan penyeludupan pula terutama penyeludupan candu, pada tahun 1961, polis telah digunakan bagi tujuan tersebut.

Walaupun belum wujud lagi Jabatan Kastam dan Eksais, namun segala aktiviti kastam adalah dikendalikan oleh satu badan yang dipanggil Government Monopolies, iaitu satu badan yang diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen mengimport, memproses dan menjual barangan tertentu seperti candu, tembakau, arak, rokok dan mancis.

Pada masa ini Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Labuan dan Daerah Dinding di Perak telah menjadi Kawasan Utama Kastam. Daerah Dinding kemudiannya telah dikeluarkan daripada kawasan Kastam Negeri Selat dengan menyerahkan semula kepada Sultan Melaka pada 6hb. Jun 1934. Pada masa ini barang yang dikenakan Cukai Eksais ialah samsu, todi dan candu buatan tempatan. Manakala Cukai Kastam pula dikenakan ke atas pengimportan candu dari Negeri China, tembakau, rokok, arak dan mercun.

Government Monopolies, badan yang mengawal perjalanan kastam dan eksais ini berjalan sehingga tahun 1937, apabila pada tahun itu Jabatan Kastam dan Eksais Negeri Selat ditubuhkan dengan rasmi dengan gelaran H.M Customs and Excise. Pada masa ini juga Cawangan Pungutan Hasil dan Cawangan Pencegah telah ditubuhkan. Stesen yang dipanggil Coast Post telah didirikan bagi menempatkan pegawai Revenue Officier memungut cukai dan mengawal aktiviti perdagangan. Pada masa ini Jabatan Kastam juga berkongsi kuasa dengan “Harbour Master, Post Master dan Immigresen”. Pada tahun 1938 aktiviti penggeledahan kapal telah dijalankan untuk menghapuskan aktiviti penyeludupan.

H.M. Customs and Excise kekal sehingga ke zaman Malayan Union sehinggalah pada tahun 1948 apabila Jabatan Kastam dan Eksais terbentuk di dalam Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Singapura dan Labuan.

SISTEM PERCUKAIAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU

Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu dan sebelum Sistem Residen diperkenalkan telah wujud system pentadbiran cukai di negeri-negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dimana ianya ditadbir oleh pembesar-pembesar Melayu. Pada masa ini Negeri-negeri Melayu telah dibahagikan kepada beberapa jajahan daerah yang mempunyai seorang pembesar yang berkuasa untuk mengenakan cukai ke atas rakyat. Antara cukai yang dikenakan adalah seperti contoh berikut:

a.    Getah                               – $1 sepikul

b.    Kulit Haiwan                   -$12.5 sepikul

c.    Bijih Timah                      -$4 sebahara

d.    Beras                                -$16 sepikul

e.    Tembakau                       -$2 sepikul

f.     Candu                              -$4 sepikul

g.    Minyak                             -10% setiap jenis

(C.R.J. Wikinson, Paper on Malays Subjects, O.U.P.,London,1971,P.13)

Dengan pengenalan Sistem Residen pada tahun 1870 hingga 1880an, maka pentadbiran British telah mengambil alih tugas memungut cukai daripada pembesar-pembesar tempatan. Sebelum pembentukan Majlis Negeri di negeri-negeri yang ditadbir melalui Sistem Residen, pemungutan hasil cukai adalah bergantung kepada budi bicara tiap-tiap Residen yang bertindak sebagai penasihat kepada Sultan. Majlis Negerilah yang kemudiannya menentukan segala perkara yang berhubung dengan Cukai Kastam di negeri-negeri berkenaan. Antara fungsi majlis tersebut adalah:

“…Connection with the Government of the country influential natives and other with whom the Government may consult, regarding proposals for taxation, appoiments concessions, the institution or abolition of laws and other matters…”

Antara cukai yang telah diperkenalkan ialah:

a.    Sistem pemajakan tanah lombong dengan bayaran Cukai Eksport sebanyak $15.00 sebahara dan 1/10 bagi logam lain.

b.    Farming Revenue – cukai 2.5%

c.    Cukai ke atas candu import

PENYATUAN JABATAN KASTAM DI NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Pentadbiran aktiviti percukaian di Negeri Melayu dengan lebih teratur telah membawa kepada penubuhan Jabatan Kastam di Negeri Melayu bertempat di muara-muara sungai dan sempadan antara negeri dan ditugaskan khusus untuk memungut cukai ke atas barang keluaran pertanian, perlombongan, minuman keras, candu dan gambir. Sistem pentadbiran Jabatan Kastam pada masa itu adalah bersaingan antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Urusan pentadbiran jabatan dan pemungutan cukai dijalankan oleh kerani-kerani kepada pejabat daerah dan kerani daripada pejabat Perbendaharaan Negeri. Oleh itu, Jabatan Kastam tidak sepenuhnya mengendalikan pentadbiran dalam urusan pemungutan Cukai Kastam dan Eksais. Sebagai contoh di Teluk Anson, Taiping dan Kuala Lumpur, cukai-cukai dipungut oleh Bendahari Kerajaan sementara di pelabuhan, muara-muara sungai serta sempadan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, cukai dipungut oleh Kerani-kerani Kastam yang bertanggungjawab kepada Pegawai-pegawai Daerah berkenaan. Di Negeri Selangor Cukai Import ke atas candu dipungut oleh Pegawai Pelindung Hal Ehwal Orang-orang Cina.

Pada masa ini belum wujud lagi kesatuan kastam antara Negeri-negeri Melayu yang membawa masalah kepada tarif barangan dan kadar cukai yang berbeza-beza di antara negeri-negeri. Akibat daripada itu timbul keperluan bagi membentuk sebuah persekutuan antara Negeri-negeri Melayu dan telah dipersetujui pada dasarnya oleh Setiausaha Luar British dan Gabenor Negeri-negeri Selat.

Dengan terbentuknya persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka timbul usaha-usaha bagi menyatukan hal ehwal kastam antara negeri-negeri. Natijah daripada itu lahirlah satu undang-undang yang dinamakan Enakmen Hasil Barang Bilangan ll pada tahun 1904, yang bertujuan mengawal segala hasil Cukai Import ke atas minuman keras. Di bawah undang-undang ini pemborong diberi kuasa khas mengimport dengan bayaran sewa yang telah ditetapkan.

Pada tahun 1907 satu jawatan telah diwujudkan dengan nama Inspector of Trade and Customs pada 1hb Januari 1907. Pada tahun yang sama juga satu undang-undang yang dinamakan “The Customs Regulation Enactment” telah diadakan dan berkuatkuasa pada 1hb Januari 1907 setelah diluluskan keempat-empat Majlis Undangan Negeri. Kemudian pada tahun 1908 nama Inspector of Trade and Customs telah diganti dengan nama Commissioner of Trade and Customs.

Dengan wujudnya enakmen 1907, maka jadual-jadual Cukai Import dan Eksport telah diseragamkan di seluruh Negeri Melayu Bersekutu. Walau bagaimanapun penyatuan sepenuhnya hanya wujud pada tahun 1920 dengan pembentukan satu enakmen kastam yang seragam bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan penyatuan ini juga stesen-stesen kastam di sempadan telah dimansuhkan dan cukai tidak dikenakan jika barang tersebut dibawa daripada sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain yang berada dalam kesatuan kastam. Untuk memungut Cukai Eksport ke atas barang-barang yang dibawa keluar dengan kereta api maka stesen pemungut cukai telah ditubuhkan di tanah jajahan Singapura dan Prai pada tahun 1918 dan 1919, di Melaka pada tahun 1922. Stesen ini juga ditugaskan untuk memungut cukai ke atas barang yang diimport.

Pembentukan Kesatuan Kastam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyelaraskan segala peraturan kastam di antara negeri-negeri tersebut. Ia juga telah menyatakan semua pejabat kastam di bawah Pesuruhanjaya Perdagangan dan Jabatan Kastam bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Commissioner of Trade and Customs telah diubah namanya kepada Comptroller of Customs pada tahun 1938.

PEMBENTUKAN KESATUAN KASTAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Dalam Persidangan Raja-raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau dikenali sebagai Durber pada tahun 1931 di Sri Menanti, Negeri Sembilan, cadangan untuk memperluaskan kesatuan telah dikemukakan oleh Sir Cecil Clementi. Cadangan beliau ini adalah berasaskan kepada semakin bertambahnya cukai import dari tahun ke tahun sehingga pada tahun 1932, taraf kastam meliputi sejumlah besar barangan dan terpaksa diwujudkan prefential duty bagi barangan yang datang daripada empayar British. Akibat daripada pergantungan yang amat sangat terhadap duti import sebagai hasil negeri Melayu Bersekutu inilah yang menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi pada tahun 1932 berpendapat

“Like the rest of the British Empire Become increasingly dependent on Customs import duties as their score that he strongly recommended the creation of a customs union embracing the whole of the Malay  peninsula if trade is not to be intolerably cramped and the interdependence of one territory upon another i matter of commerce”, (C.R.Emerson Malaysia a study in Direct and Indirect Role Out 1979.P.190).

Atas alasan supaya perdagangan tidak tergugat akibat daripada bertambahnya tarif di Negeri Melayu Bersekutu inilah yang menyebabkan beliau mengesyorkan supaya Kesatuan Kastam dibentuk bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Kesatuan Kastam bagi Semenanjung Tanah Melayu hanya berjaya dibentuk pada tahun 1946 iaitu dengan terbentuknya Malayan Union pada bulan April 1946, dan jabatan ini diberi nama “Customs and Excise of Malayan Union”. Walau bagaimanapun dengan pembubaran Malayan Union pada tahun 1948 maka Jabatan ini terpaksa disusun semula. Jabatan Kastam pada masa ini bukan sahaja terdiri daripada Jabatan Kastam yang diletakkan di bawah Negeri Melayu Bersekutu tetapi termasuk juga Jabatan Kastam yang di bawah Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat.

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Sejarah Kastam, dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, maka terbentuklah sebuah Jabatan Kastam dan Eksais bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut Ordinan Kastam 1952, jabatan ini diletakkan dibawah penguasaan Pesuruhjaya Tinggi bagi Tanah Melayu dan diketuai oleh seorang Pengawal Kastam sepertimana yang terdapat sejak tahun 1938. Ia berlanjutan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Dengan kuasa yang ada pada Seksyen 138 Ordinan Kastam 1952, beliau yang berada dalam Majlis Persekutuan bertanggungjawab mengeluarkan segala peraturan-peraturan yang berhubung dengan hal ehwal kastam. Kawasan Utama Kastam pada masa itu adalah seluruh Semenanjung Tanah Melayu terkecuali Pulau Pinang, untuk mengekalkan tarafnya sebagai sebuah Pelabuhan Bebas.

Ekoran daripada pembentukan Kesatuan Kastam bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1948, maka timbullah keperluan untuk meningkatkan prestasi kakitangan dan jabatan bagi memenuhi keperluan Negara yang akan menuju ke arah kemerdekaan. Dengan itu, pada tahun 1956 sebuah pusat latihan telah ditubuhkan di Bukit Baru Melaka yang pada mulanya hanya mampu menampung seramai 40 orang pelatih pada satu masa.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957 sekali lagi Jabatan Kastam dan Eksais dari segi struktur pentadbirannya disusun semula untuk memenuhi keperluan Tanah Melayu yang merdeka. Pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh seorang Pegawal Kastam dan Eksais yang bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan.

Jabatan ini dari segi kawasan telah dibahagikan kepada tiga wilayah berdasarkan kepada pusat perdagangan yang utama. Bagi Wilayah Utara pengkalannya adalah Pulau Pinang, meliputi Kedah, Perlis dan Perak. Bagi Wilayah Tengah pula, pengkalannya adalah di Kuala Lumpur dan kawasannya meliputi Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Akhir sekali ialah Wilayah Selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Stesen Kastam di Singapura. Tipa-tiap wilayah diketuai oleh seorang Senior Assistant Comptroller of Customs.

Dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16hb September 1963, maka sekali lagi struktur pentadbiran Kastam dan Eksais disusun semula untuk membolehkan keseragaman dilakukan. Pada tahun 1964, ketua bagi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi Negeri Tanah Melayu dengan pindaan kepada Undang-undang Kastam 1964 diterbitkan di bawah L.N. 306 bertarikh 1hb Oktober 1964, telah diberi nama sebagai Regional Comptroller of Customs and Excise. Pada tahun 1964 juga semua pegawai yang berkhidmat adalah anak tempatan apabila dua orang Pegawai Inggeris menamatkan tempoh perkhimatan masing-masing.

Walaupun wujud penyatuan dengan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia namun Sabah dan Sarawak masih bergerak dibawah Ordinan-ordinan Kastam dan Perintah Duti yang berasingan. Ini memberi kesan kepada perjalanan barangan secara bebas di antara sebuah wilayah ke wilayah yang lain tidak dapat dilaksanakan dengan mudah disebabkan oleh perbezaan tersebut. Ekoran daripada masalah ini, maka pengawal bagi ketiga-tiga wilayah telah berjumpa pada pertengahan tahun 1967 dan hasil daripada perjumpaan tersebut telah melahirkan sebuah Akta Kastam No.62, tahun 1967 yang memberikan seluruh Malaysia satu undang-undang kastam yang tunggal. Akibat daripada itu Jawatan kuasa Cukai Tidak Langsung di Perbendaharaan telah giat menyediakan sebuah tarif bersam untuk ketiga-tiga wilayah. Pada 29hb Oktober 1963, jabatan Kastam dan Eksais dianugerahkan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Ia merupakan detik sejarah baru dalam sejarah perkembangan Jabatan Kastam dan Eksais seterusnya.

Pada tahun 1972, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia telah terlibat dalam penyusunan semula pentadbiran berikutan dengan laporan seorang pakar daripada International Monetary Fund. Akibat daripada itu pada 1hb Ogos 1972, Ketua Pengarah Kastam Malaysia mewujudkan seorang Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan seorang Penolong Ketua Pengarah Kastam yang bertanggungjawab bagi segala urusan pelaksanaan, ditambah pula seorang lagi Timbalan Pengarah Kastam yang bertanggungjawab bagi segala urusan pengurusan. Mulai dari tarikh tersebut juga jawatan Pengarah Kastam Wilayah Malaysia Barat telah dihapuskan dan digantikan dengan tiga Pengarah Kastam Kawasan sebagai ketua bagi tiap-tiap satu kawasan, iaitu utara, tengah dan selatan yang sebelum itu diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam.

Pada dekad 70-an dan 80-an, negara menuju ke era perindustrian akibatnya peranan Jabatan Kastam dan Eksais semakin luar. Cukai baru telah diperkenalkan seperti Cukai Jualan yang dikenakan ke atas barang yang dikilang di tempatan dan memungut cukai-cukai perkhidmatan yang diberi oleh hotel-hotel, rumah tumpangan serta pusat hiburan dan kesihatan. Untuk mengelakkan industri dan pelaburan cawangan industri telah ditubuhkan unit-unit sokongan seperti Unit Narkotik, Unit Komputer dan lain-lain unit telah diwujudkan bagi menghadapi perkembangan industri di Malaysia.

Dengan harapan generasi muda kastam memahami sejarah dan mengambil tahu betapa jabatan ini mempunyai sejarah yang sangat menarik untuk dibaca dan dihayati. Tiada sekarang jika tiada suatu ketika dulu…

sumber: Sejarah Jabatan Kastam  Diraja Malaysia

SEBARKAN ARTIKEL INI

2018-03-03T03:09:14+00:00

Leave A Comment