Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.

Tapisan Pertama Peperiksaan Exam PTD

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

KEMASKINI FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE 2016

Format peperiksaan terkini, calon yang layak akan mengambil ujian secara online tanpa perlu datang ke lokasi yang ditetapkan.

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Ujian Psikometri

Baca juga contoh- contoh soalan PTD

Tapisan Kedua PTD Assessment Centre (PAC)

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:[/fusion_text][fusion_text]

KOMPETENSI

PEMERHATIAN

PENGERTIAN

Kualiti Personal Tatakelakuan Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya ketimuran
Penampilan Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana
Keyakinan Diri Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan(tolerence level)yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal)
Penggerak Kumpulan Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan
Potensi Kepimpinan Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik
Pengetahuan Kematangan idea Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan diterima
Kemahiran Kemahiran berkomunikasi Berkebolehan  berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesan
Pengucapan awam/Public speaking Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan
Debat ala parlimen

Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah

[/fusion_text][fusion_text]

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

Tapisan Ketiga Temu duga

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

Pin It on Pinterest