Interview Penolong Penguasa Kastam W27

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27.  Anda dipanggil untuk menghadiri temuduga SPA. Apakah persediaan yang perlu dilakukan supaya anda tidak gagal dalam temuduga tersebut? Teruskan bacaan anda…

Seramai 30,000 daripada 83,000 orang calon lulus peperiksaan yang dijalankan SPA baru-baru ini. Bagaimana pihak SPA memilih calon yang layak untuk dinaikan pangkat ke gred W41?

Untuk makluman anda, daripada 30,000 orang calon yang akan menghadapi temuduga kastam, hanya 300 orang yang diperlukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan.

Itu untuk jumlah calon Penguasa Kastam Gred W41. Bagaimanapula calong penolong Penguasa Kastam Gred W27?

Adakah akan terdapat ujian fizikal? Mengikut rancangan awal SPA, tiada ujian fikzikal akan diadakan untuk pengambilan Penolong Penguasa Kastam melainkan jumlah calon terlalu ramai. Maka ada kemungkinan ia akan diadakan bagi mengurangkan jumlah calon kepada beberapa ribu sahaja.

Kerjaya di JKDM semangnya memerlukan keupayaan fizikal, sehubungan itu, lakukan ujian fizikal untuk meningkatkan stamina anda seperti berjoging atau pergi ke gim untuk meningkatkan keupayaan fizikal.

 

Tarikh Temuduga Penguasa Kastam W27.

Tarikh interview untuk Penolong Penguasa Kastam W27 bermula dari 17 September hingga 2 Oktober 2014.

Apakah persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menghadiri temuduga ini? Sudahkah anda memiliki nota lengkap temu duga jawatan penolong penguasa kastam?

Persediaan Awal Sebelum Temuduga

  1. Pemantapan Resume. Kumpulkan kesemua sijil yang ada dan susu bermula tarikh terkini didepan sekali. Kemudian buat 3 atau empat salinan untuk diedarkan kepada penemuduga apa diminta atau diperlukan. Resume yang kemas, dan tersusun dapat mengambarkan  kelayakkan dan keupayaan anda untuk menjawat jawatan penolong penguasa kastam W27.
  2. Kemaskini Dail dan  Sijil. Susunan Fail sijil selalunya bermula dengan “Cover Letter”, surat beranak, Salinan diikuti dengna keputusan peperiksaan anda bermula dengan yang terkini diikuti dengan tahun-tahun sebelumnya. Contohnya, sijil kemahiran 2013 , Ijazah 2010, Diploma 2006, STPM, SPM dan seterusnya.  Selepas itu diikuti dengan sijil atau khusus berkaitan dengan kastam, jika ada. Barulah sijil-sijil lain.
  3. Latihan fizikal. Memandangkan terdapat calon yang ramai, kemungkinan diadakan ujian fizikal oleh SPA untuk menapis calon-calon yang tidak menepati standard JKDM. Oleh hal demikian, buat latihan fizikal seperti berjogging stamina supaya anda tinggi.
  4. Membuat Latihan dengan menjawab contoh-contoh soalan. Mencari maklumat-maklumat penting berkenaan dengan jawatan dipohon. Cari contoh soalan temuduga penolong penguasa kastam w27 dengan menanya rakan-rakan yang pernah menghadiri temuduga. Anda juga boleh cuba untuk menjangka bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya.

Persediaan Hari Temuduga

  1. Pakaian Anda Hendaklah Kemas dan formal. Apabila menghadiri temuduga kerja kerajaan, pakaian yang kemas akan menentukan pandangan awal penemuduga. Bagi lelaki, hendaklah memakail baju lengan panjang dan bertali leher. Pakai kasut berwarna hitam Jangan berkasut Sukan!. Elakkan memakai stokin berwarna putih.
  2. Datang Awal Ketempat Temuduga. Kenal pasti sehari lebih awal lokasi temuduga tersebut untuk mengelakkan anda tersesat. Biasanya akan terdapat pegawai yang mengambil kehadiran. Oleh hal demikian, elakkan datang lewat.

Hari Temuduga

  1. Tenangkan fikiran. Sebelum masuk ke bilik temuduga, tenangkan fikiran dan ambil nafas sedalam-dalamnya. Jangan panik. Tidak ada apa-apa yang menakutkan. Penemuduga tidak akan makan orang. 🙂
  2. Beri salam. Semasa hendak masuk, ketuk pintu, masuk dan terus beri salam. Jangan terus duduk di kerusi selagi tidak dijemput duduk oleh penemuduga.Serahkan fail sijil dan resume anda kepada mereka.
  3. Dengar soalan dengan teliti. Jangan tergesa-gesa untuk menjawab soalan. Fikir dulu sejenak, tetapi jangan lama sangat. Jawab dengan penuh keyakinan dengan suara yang jelas. Elakkan terlampau emosi dan terlalu egois semasa menjawab. Penemuduga mungkin akan bertanyakan soalan yang memainkan emosi anda.
  4. Jangan terlampau emosi. Jika anda merayu kepada penemuduga sehingga minitis air mata, anda dikira gagal jika berbuat demikian. Elakkan juga memberikan jawapan yang tidak berkaitan dengan
  5. Sederhana. Jangan over confident dan berbual seperti anda bersembang dengan kawan, walaupun anda kenal dengan penemuduga. Penemuduga akan menguji anda untuk menilai sikap dan tingkah laku anda.
  6. Berterus terang. Ingat, penemuduga adalah “Profesional”. Jangan sangka anda boleh memanipulasikan atau mereka-reka jawapan kerana mereka telah menemuduga beratus ribu orang dan tahu jika calon adalah jenis yang tidak berkata benar.

 

Selepas Temuduga

  1. Bertawakal dan berserah kepada Allah, bagi yang beragama Islam. Bagi yang bukan, berdoa mengikut cara dan ajaran masing-masing. Jika ada rezeki anda, tuhan akan buka jalan kepada anda untuk jawatan berkenaan. Anda sudah berusaha dan cuba yang terbaik.
  2. Keputusan biasanya akan diumumkan dilaman web SPA dalam masa 3 bulan. Semak laman web mereka dari semasa ke semasa untuk mengetahui keputusan temuduga. Jika gagal, jangan risau atau stress sebaliknya, berusaha lagi untuk meningkatkan prestasi dan cuba lagi masa akan datang.

Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Tim Kerja-Kerajaan telah menghasilkan satu pakej panduan untuk rujukkan anda dalam membuat persediaan untuk temuduga. Anda tidak memerlukan panduan ini jika anda rasakan anda tidak perlu ataupun sudah bersedia untuk menghadiri temuduga.

Walaubagaimanapun, maklumat tambahan dan rujukkan yang dihasilkan oleh tim yang berpengalaman dalam bidang temuduga ini mungkin dapat memberikan anda kelebihan dari segi persediaan resume, imej, jawapan soalan temuduga; berbanding dengan ribuan calon yang lain.

Harga bagi pakej Rujukan  tersebut amat berpatutan, iaitu hanya RM40.

Ia mengandungi 4 modul berkenaan Persiapan Temuduga kerja kerajaan, Teknik menjawab soalan temuduga, Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga, dan Cara Menulis Resume Temuduga.

temuduga_kerja_kerajaan_spa

[+] DAPATKAN CONTOH SOALAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Bukan setakat itu sahaja, anda dengan RM40, anda juga akan diberikan nota lengkap contoh soalan temu duga jawatan penguasa kastam (250 soalan) beserta dengan jawapan.

250 soalan ini dapat memberikan anda gambaran, bagaimana untuk menjawab soalan apabila ditanya soalan yang hampir sama. Persediaan awal dengan soalan jawapan boleh memberikan anda keyakinan semasa menjawab nanti.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Contoh Soalan Temuduga dan Pakej Rujukan Rahsia Lulus Temuduka Kerja Kerajaan?

Apa yang perlu anda lakukan adalah mengisi borang dibawah dengan nama dan alamat email anda untuk maklumat tersebut.