Nota Ringkas Skop Penguasa Kastam W41

[+] Dapatkan Nota Penuh Untuk Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Disini

Nota 1: Maklumat Am

  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia berfungsi sebagai pemungut cukai import/eksport negara.
  • KDRM diterajui oleh YBhg. Dato’ Sri Khazali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Hj. Matrang bin Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Dato’ Haji Zainul Abidin bin Taib, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Dato’ Abdul Rahman bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) dan Dato’ Hj Hassan bin Ibrahim, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan).
  • KDRM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat iaitu, Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan/Pematuhan.
  • Piagam pelanggan KDRM ialah komited untuk memberi perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan, bersedia menambahbaik perkhidmatan selaras dengan jangkaharap dan memberi penekanan kepada kriteria berikut :
    • Berlunaskan undang-undang
    • Tepat dalam membuat keputusan
    • Menepati masa yang dijanjikan
    • Layanan yang mesra dan adil
  • Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) merupakan sebuah NGO di bawah jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang mengkoordinasi serta menguruskan perkara berkaitan hal ehwal kebajikan Islam bagi anggota Jabatan. Selain itu, BAKISKA juga turut menjalankan program-program dakwah dan penerapan kefahaman Islam khususnya untuk warga JKDM.
  • Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) adalah sebuah pusat latihan bagi kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ia berfungsi sebagai sebuah institusi latihan yang melatih dan mendidik warga kerja JKDM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Di samping memberi latihan kepada kakitangan JKDM, ia juga telah diperaku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai training arm untuk latihan perkastaman di rantau Asia Pasific.

Nota 2 : 5 Teras Strategik Utama Digubal
Lima Teras Strategik utama telah digubal bagi membantu JKDM melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu kritika dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan.

Lima Teras Strategik tersebut adalah :

  1. Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan Pembudayaan Nila-nilai Murni Ke Arah Kecermelangan Organisasi Berasakan Konsep Satu Kastam
  2. Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan KEcekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
  3. Memeprtingkatkan KEcekapan Dan Keberkesanan Pungutan Hasil Bagi Kemakmuran Negara
  4. MEmantapkan Fasilitasi Kepada Komuniti Perdagangan Dan Perindustrian Bagi Meningkatkan Daya Saing Negara
  5. MEmpertingkatkan Pematuhan Undang-undang Untuk Memelihara Kepentingan Ekonomi, Sosial dan Keselamatan Negara.

[+] Dapatkan Nota Penuh Untuk Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Disini

Nota 3 : Fungsi Dan Peranan JKDM

  1. Memungut Hasil Negara
    • Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.
  2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian
    • JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.
  3. Memastikan Pematuhan Perundangan
    • JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.

Nota 4 : SLOGAN KASTAM

“Anda Ceria Kami Gembira”
‘Anda’ bukan sahaja bermaksud pelanggan luaran tetapi juga pelanggan dalaman dan stakeholders

Pelanggan Dalaman

  • Pegawai-pegawai JKDM
  • Kelaurga Pegawai

Pelanggan Luarana

  • Pengimport/Pengeksport
  • Pengilang/Pengusaha/Peniaga
  • Agen Penghantaran
  • Pelawat/Pelancong
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Rakyat/Orang Awam

 Nota 5 hingga Nota 20 ada diberikan dalam versi penuh Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Termasuk juga nota KHAS huraian mengenai GST.

Bukan setakat itu sahaja, anda berpeluang untuk mencuba dan  “merasa” menjawabsoalan yang akan bakal dikeluarkan oleh SPA kerana pakej ini mengandungi 100 soalan contoh untuk kedua Seksyen A  dan Seksyen B.

[+] Dapatkan Nota Penuh Untuk Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Disini

Pin It on Pinterest