Nota Ringkas Skop Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

Dapatkan Nota Penuh dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Disini

Nota 1 : Kerajaan Persekutuan

  • Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan
  • Ia merujuk kepada satu bentuk pembahagian kuasa di antara 2 peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
  • Kuasa Kerajaan Pusat meliputi seluruh negara dan untuk kepentingan seluruh negara.
  • Kerajaan Negeri terbatas pada peringkat negeri sahaja dan untuk kepentingan tempatan sahaja.
  • Kerajaan Negeri menguasai sebahagian besar daripada hal ehwal dalam negeri.
  • Kerajaan Pusat bertanggungjawab kepada hal ehwal pertahanan, luar negara dan kewangan.

Nota 2 : Pembahagian Kuasa

  • Parlimen diberi kuasa menggubal undang-undang bagi seluruh persekutuan dan bahagiannya.
  • Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh membuat undang-undang bagi negeri masing-masing.
  • Perkara-perkara di bawah bidang kuasa Parlimen termaktub dalam Senarai Persekutuan (senarai pertama) dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.
  • Perkara-perkara dalam dalam bidang kuasa Dewan Undangan Negeri berada dalam Senarai Negeri (senarai kedua) dan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
  • Bidang kuasa yang melibatkan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dikenali sebagai Senarai Bersama (senarai ketiga).
  • Pembahagian kuasa ini bertujuan bagi melancarkan perjalanan Sistem Persekutuan dan mengelakkan daripada sebarang masalah dan pertelingkahan antara kedua-duanya.

Nota 3 : Kuasa Parlimen Dalam Senarai Negeri

  • Parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang bagi perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri bagi tujuan berikut :
  1. Untuk melaksanakan sebarang perjanjian antara persekutuan dengan negara lain atau mematuhi sesuatu keputusan sebarang badan antarabangsa yang dianggotai oleh persekutuan.
  2. Bagi memastikan keseragaman dalam udang-undang antara dua buah negeri atau lebih.
  3. Jika diminta oleh mana-mana Dewan Undangan Negeri
  • Parlimen juga boleh membenarkan kuasa perundangan kerajaan negeri diperluas ke atas perkara-perkara persekutuan.

Nota 4 : Kuasa Eksekutif

  • Pembahagian kuasa eksekutif dibuat berpandukan kaedah pembahagian kuasa perundangan.
  • Kuasa eksekutif kerajaan pusat tertumpu kepada Senarai Persekutuan.
  • Bidang kuasa kerajaan negeri terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
  • Perkara 94, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa perkara yang membolehkan kuasa eksekutif kerajaan pusat diperluaskan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

* Terdapat 8 nota penting mengenai jawatan PTD dalam  Pakej Nota Rujukan PTD. Anda boleh dapatkan nota penuh PTD di sini.

Nota khas Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (CBP) @GST

Nota 1: Definisi

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) ialah Goods and Services Tax (GST) juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau cukai nilai ditambah. Pengguna hanya dikenakan cukai apabila mereka berbelanja.

CBP adalah cukai berperingkat. Ianya dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai tersebut bukannya suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali CBP yang dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

CBP dicaj pada barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan.

Nota 2: Keperluan membayar

CBP perlu dijelaskan supaya pihak kerajaan dapat menggunakannya untuk pembangunan sosio ekonomi seperti kemudahan infrastruktur, pendidikan, penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.

Nota 3: Mengapa CBP diperkenalkan

CBP diperkenalkan sebagai alternatif kepada cukai penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST). CBP adalah salah satu pembaharuan cukai kerajaan yang bakal meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem cukai semasa.

CBP terbukti sebagai satu sistem cukai yang lebih efektif, telus, cekap dan mesra perniagaan sekaligus merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing pasaran global kerana ianya lebih stabil dan tidak dipengaruhi oleh ekonomi semasa.

Nota 4: Sebab CBP ganti SST

CBP diwujudkan untuk mengatasi kelemahan SST contohnya cukai berperingkat, bertindan, pemindahan harga dan nilai pindah, penggalak kepada integrasi menegak, isu klasifikasi, karenah birokrasi, barang eksport lengkap tersekat dan lain-lain.

* Terdapat 25 nota penting mengenai GST dalam  Pakej Nota Rujukan PTD. Anda boleh dapatkan nota penuh PTD di sini.

[+] Dapatkan Nota Penuh dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Disini

Pin It on Pinterest