Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji:

Gaji Minimum RM2,146.00 
Gaji Maksimum RM8,718.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM225.00
Syarat Lantikan Unuk Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41:

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,146.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau
  • Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41:

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

 

Pin It on Pinterest