Soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam

Contoh Soalan Pengetahuan AM Penguasa Kastam, Seperti sedia maklum, Peperiksaan Online Penguasa Kastam terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

  1. Seksen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Ujian Psikometeri

Penguasa Kastam hendaklah memiliki ciri-ciri berikut, berkempimpinan, kreatif dan inovatif seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Itu adalah ciri-ciri yang dicari bagi calon peperiksaan jika ingin memikul tanggungjawab sebagai seorang Penguasa Kastam Malaysia

Ini kerana sebagai seorang Penguasa Kastam dan wakil kerajaan, gaya kepimpinan, pengetahuan dan cara pemikiran mencerminkan memainkan peranan dalam berhubung dengan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Peperiksaan Penguasa Kastam direka untuk menguji Pengetahuan AM mengenai Malaysia dan Dunia. Sebagai calon peperiksaan, seseorang itu bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan isu-isu semasa terkini berkaitan dengan politik, ekonomi, social, juga isu-isu penting yang berlaku beberapa tahun yang lepas.

Bacaan Tambahan: Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

SEKSYEN PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang
sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.
Contoh Soalan:
1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah

  • A Kementerian Kewangan.
  • B Kementerian Dalam Negeri.
  • C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
  • D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

Jawapan: A

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan

  • A I dan III
  • B II dan IV
  • C I, II dan III
  • D II, III dan IV

Jawapan: D

Baca selanjutnya:

Bahagian Kedua – Daya Menyelesaikan Masalah

Bahagian Ketiga – Ujian Psikometri

[/fusion_text][fusion_separator style_type=”none” /][fusion_text]

RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM

Kami telah hasilkan satu rujukan ringkas yang boleh anda download dan baca dengan lebih lanjut mengenai Soalan Pengetahuan AM Penguasa Kastam supaya anda lebih jelas dan faham.

Untuk mendapatkan panduan tersebut, anda terlebih dahulu perlu melanggan (PERCUMA) dengan kami terlebih dahulu dengan mengisi borang dibawah.

Bukan setakat itu sahaja, kami akan kongsikan dengan anda himpunan contoh – contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam , skema dan nota-nota ringkas untuk anda membuat ulangkaji.

Daftar dibawah untuk mendapatkan Rujukan Ringkas Peperiksaan Penguasa Kastam dibawah. Kami akan hantar terus ke alamat email yang anda berikan.

Pin It on Pinterest