Kami sedang mengemaskini page ini untuk maklumat terkini bagi peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29  yang akan diadakan pada 25 Oktober 2019

Sementara itu, untuk muat turun SEGERA,

Nota Ringkas Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2019

Hantarkan WhatsApp kepada En. Rammel Ramli ( 011 5928 1883) SEKARANG!

Tekan sini untuk WhatsApp 

(Jika anda sedang melayari laman ini menggunakan telefon bimbit, tekan link diatas. Aplikasi WhatsApp akan dibuka secara automatik)

Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Pengetahuan AM, Seperti sedia maklum, Peperiksaan Online Pen. Pegawai Tadbir N29 pada 5 Disember ini  terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  1. Seksen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Peperiksaan Pen. Pegawai Tadbir N29 direka untuk menguji Pengetahuan AM mengenai Malaysia dan Dunia. Sebagai calon peperiksaan, seseorang itu bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan isu-isu semasa terkini berkaitan dengan politik, ekonomi, social, juga isu-isu penting yang berlaku beberapa tahun yang lepas.

Bacaan Tambahan: Contoh Soalan Peperiksaan PTD

SEKSYEN A-  PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang
sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Contoh Soalan:
1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah

  • A Kementerian Kewangan.
  • B Kementerian Dalam Negeri.
  • C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
  • D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

Jawapan: A

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan

  • A I dan III
  • B II dan IV
  • C I, II dan III
  • D II, III dan IV

Jawapan: D

CONTOH SOALAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29, SEKSYEN A – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Urutan yang terakhir ialah rajah
pegawai tadbir n29
Jawapan: C
2. Apakah nilai paling sesuai bagi A?

cth_02_contoh_soalan_pengusa_kastam

  • A. 2
  • B. 3
  • C. 4
  • D. 5

Jawapan: B

Teknik menjawab:
94 / 47 = 2
180 / 45 = 4
126 / 42 = A
A = 3

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa
data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

pegawai tadbir n29
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

  • A. 160 orang
  • B. 200 orang
  • C. 400 orang
  • D. 560 orang

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 160 + 400
= 560
Pelancong tempatan     = 2/3 x 600
= 400
Beza pelancong Bulan April = 560 – 400 = 160

2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan kamera digital yang dijual pada tahun 2007 dan 2008. Sebanyak 290 kamera digital telah dijual dari tahun 2007 hingga 2010 dengan nisbah pada tahun 2009:2010 adalah 3:4.
cth_04_contoh_soalan_pengusa_kastam

Bilangan kamera digital yang dijual dalam tahun 2010 ialah

  • A. 30
  • B. 60
  • C. 80
  • D. 140

Jawapan: C

Teknik menjawab:

Jumlah kamera digital yang dijual                                     = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 07/08                     = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 09/10                      = 290 – 150
= 140 buah
Oleh yg demikian,
3:4                  = 140 buah
1 buah           = 140/7 = 20
dan 4 buah  = 4x 20 = 80 buah

Oleh itu jualan kamera digital pada tahun 2010 ialah sebanyak 80 buah.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:
1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.
cth_05_contoh_soalan_pengusa_kastam
Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

  • A. 105m2
  • B. 125m2
  • C. 230m2
  • D. 245m2

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Petak C = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C = 1/4 * (10 * 10)
= 25 m2
Panjang Petak B = panjang petak A + panjang petak C
= 10 + 5
= 15 m

Luas petak B = 15 * 7 = 105 m210

2. Setiap bulan, David membelanjakan 10% daripada gajinya bagi membayar kad kredit berjumlah RM100. Jika sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?

  • A. RM100
  • B. RM120
  • C. RM160
  • D. RM200

Jawapan: B

Teknik Menjawab:

10% daripada jumlah gaji                        = RM100
100% gaji = 100/20 x RM100              = RM1,000
20% kenaikan gaji                                       = 20/100 x RM1,000
= RM200
= RM200 + RM1,000
= RM1,200

Bil kad kredit baru                                       = 10% x RM1,200
= RM120

SEKSYEN B – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen ini adalah seksyen yang baru diperkenalkan tahun ini. Sebelum ini bagi Seksyen B, Calon dikehendaki mengambil Ujian Psikometrik dimana calon akan diuji dengan soalan-soalan yang akan mengenalpasti sifat dan tingkah-laku calon.

Bagi Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris, mengikut pengalaman kami pelbagai bentuk soalan boleh ditanya. Pilihan jawapan diberikan untuk anda membuat pilihan yang betul.

Apa yang menjadi persoalan adalah, “Apakah jenis-jenis soalan yang boleh ditanya?”. Pada seksyen ini, anda boleh diuji dalam pecahan berikut :

i. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
ii. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan.

Petikan tersebut mungkin pendek dan mungkin panjang. Bilangan soalan ditanya antara 5 -10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan yang diberikan.

Untuk maklumat lebih lanjut, isikan borang dibawah (atau tekan link whatsapp dibawah jika anda menggunakan smartfon) dengan nama dan alamat email anda dan saya akan hantar maklumat terkini mengenai sekyen ini.

RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Kami telah hasilkan satu rujukan khas yang boleh anda download dan baca dengan lebih lanjut mengenai Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Tadbir N29 supaya anda lebih jelas dan faham.

Untuk mendapatkan panduan tersebut, anda terlebih dahulu perlu melanggan (PERCUMA) dengan kami terlebih dahulu dengan mengisi borang dibawah.

Bukan setakat itu sahaja, kami akan kongsikan dengan anda himpunan contoh – contoh soalan peperiksaan PPT N29 , skema dan nota-nota ringkas untuk anda membuat ulangkaji.

Daftar dibawah untuk Menempah Rujukan Ringkas Peperiksaan PPT N29 dibawah. Kami akan hantar terus ke alamat email yang anda berikan.

[/fusion_text][fusion_text]

rujukan penolong pegawai tadbir n29

Pin It on Pinterest