Contoh Soalan Pegawai Tadbir Negeri Terangganu N41

Home » PTD » Contoh Soalan Pegawai Tadbir Negeri Terangganu N41

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Negeri Terangganu N41

PERHATIAN CALON PTN Terengganu N41

Kami sedang mengemaskini page ini untuk maklumat terkini bagi peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 yang akan diadakan pada 20 September 2018

Sementara itu, untuk muat turun SEGERA,

Nota Ringkas Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 2018

Hantarkan WhatsApp kepada En. Rammel Ramli ( 011 5928 1883) SEKARANG!

Tekan sini untuk WhatsApp 

(Jika anda sedang melayari laman ini menggunakan telefon bimbit, tekan link diatas. Aplikasi WhatsApp akan dibuka secara automatik)

Contoh Soalan Pengetahuan AM, Seperti sedia maklum, Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri N41 terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  1. Seksen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

PeperiksaanPegawai Tadbir Negeri N41 direka untuk menguji Pengetahuan AM mengenai Malaysia dan Dunia. Sebagai calon peperiksaan, seseorang itu bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan isu-isu semasa terkini berkaitan dengan politik, ekonomi, social, juga isu-isu penting yang berlaku beberapa tahun yang lepas.

Bacaan Tambahan: Contoh Soalan Peperiksaan PTD

SEKSYEN A-  PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang
sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Contoh Soalan:
1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah

  • A Kementerian Kewangan.
  • B Kementerian Dalam Negeri.
  • C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
  • D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

Jawapan: A

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan

  • A I dan III
  • B II dan IV
  • C I, II dan III
  • D II, III dan IV

Jawapan: D

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Urutan yang terakhir ialah rajah
cth_01_soalan_penguasa_kastam
Jawapan: C
2. Apakah nilai paling sesuai bagi A?

cth_02_contoh_soalan_pengusa_kastam

  • A. 2
  • B. 3
  • C. 4
  • D. 5

Jawapan: B

Teknik menjawab:
94 / 47 = 2
180 / 45 = 4
126 / 42 = A
A = 3

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa
data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

cth_03_contoh_soalan_pengusa_kastam
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

  • A. 160 orang
  • B. 200 orang
  • C. 400 orang
  • D. 560 orang

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 160 + 400
= 560
Pelancong tempatan     = 2/3 x 600
= 400
Beza pelancong Bulan April = 560 – 400 = 160

2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan kamera digital yang dijual pada tahun 2007 dan 2008. Sebanyak 290 kamera digital telah dijual dari tahun 2007 hingga 2010 dengan nisbah pada tahun 2009:2010 adalah 3:4.
cth_04_contoh_soalan_pengusa_kastam

Bilangan kamera digital yang dijual dalam tahun 2010 ialah

  • A. 30
  • B. 60
  • C. 80
  • D. 140

Jawapan: C

Teknik menjawab:

Jumlah kamera digital yang dijual                                     = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 07/08                     = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 09/10                      = 290 – 150
= 140 buah
Oleh yg demikian,
3:4                  = 140 buah
1 buah           = 140/7 = 20
dan 4 buah  = 4x 20 = 80 buah

Oleh itu jualan kamera digital pada tahun 2010 ialah sebanyak 80 buah.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:
1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.
cth_05_contoh_soalan_pengusa_kastam
Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

  • A. 105m2
  • B. 125m2
  • C. 230m2
  • D. 245m2

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Petak C = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C = 1/4 * (10 * 10)
= 25 m2
Panjang Petak B = panjang petak A + panjang petak C
= 10 + 5
= 15 m

Luas petak B = 15 * 7 = 105 m210

2. Setiap bulan, David membelanjakan 10% daripada gajinya bagi membayar kad kredit berjumlah RM100. Jika sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?

  • A. RM100
  • B. RM120
  • C. RM160
  • D. RM200

Jawapan: B

Teknik Menjawab:

10% daripada jumlah gaji                        = RM100
100% gaji = 100/20 x RM100              = RM1,000
20% kenaikan gaji                                       = 20/100 x RM1,000
= RM200
= RM200 + RM1,000
= RM1,200

Bil kad kredit baru                                       = 10% x RM1,200
= RM120

RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR Negeri Terengganu N41

Kami telah hasilkan satu rujukan khas yang boleh anda download dan baca dengan lebih lanjut mengenai Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 supaya anda lebih jelas dan faham.

Untuk mendapatkan panduan tersebut, anda terlebih dahulu perlu melanggan (PERCUMA) dengan kami terlebih dahulu dengan mengisi borang dibawah.

Bukan setakat itu sahaja, kami akan kongsikan dengan anda himpunan contoh – contoh soalan peperiksaan PTN Terengganu  N41, skema dan nota-nota ringkas untuk anda membuat ulangkaji.

Daftar dibawah untuk Menempah Rujukan Ringkas Peperiksaan PTN Terengganu  N41 dibawah. Kami akan hantar terus ke alamat email yang anda berikan.

rujukan penolong pegawai tadbir n29

2018-09-05T21:17:26+00:00

Leave A Comment

Muat Turun

Pin It on Pinterest