Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41; Adakah anda mencari mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan jawatan Penguasa Kastam W41? Jika jawapana anda ya, teruskan membaca.

Peperiksaan yang bakal dijalankan pada 6 September 2014 mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pihak SPA bakal diduduki oleh calon-calon yang ingin memajukan diri kehadapan untuk memikul jawatan yang lebih tinggi.

Seperti mana-mana peperiksaan, persediaan perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga untuk Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Sehubungan itu, bagi memudahkan dan membantu calon-calon, berikut adalah contoh soalan peperiksaan penguasa kastam w41.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM

SUKATAN PEPERIKSAAN

1. Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:

  • i) Seksyen A – Pengetahuan Am
  • ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • iii) Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
  • iv) Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang
sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. 4
Contoh Soalan:
1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah

  • A Kementerian Kewangan.
  • B Kementerian Dalam Negeri.
  • C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
  • D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

Jawapan: A
2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan

  • A I dan III
  • B II dan IV
  • C I, II dan III
  • D II, III dan IV

Jawapan: D

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Urutan yang terakhir ialah rajah
cth_01_soalan_penguasa_kastam
Jawapan: C
2. Apakah nilai paling sesuai bagi A?

cth_02_contoh_soalan_pengusa_kastam

  • A. 2
  • B. 3
  • C. 4
  • D. 5

Jawapan: B

Teknik menjawab:
94 / 47 = 2
180 / 45 = 4
126 / 42 = A
A = 3

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa
data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

cth_03_contoh_soalan_pengusa_kastam
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

  • A. 160 orang
  • B. 200 orang
  • C. 400 orang
  • D. 560 orang

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 160 + 400
= 560
Pelancong tempatan     = 2/3 x 600
= 400
Beza pelancong Bulan April = 560 – 400 = 160

2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan kamera digital yang dijual pada tahun 2007 dan 2008. Sebanyak 290 kamera digital telah dijual dari tahun 2007 hingga 2010 dengan nisbah pada tahun 2009:2010 adalah 3:4.
cth_04_contoh_soalan_pengusa_kastam

Bilangan kamera digital yang dijual dalam tahun 2010 ialah

  • A. 30
  • B. 60
  • C. 80
  • D. 140

Jawapan: C

Teknik menjawab:

Jumlah kamera digital yang dijual                                     = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 07/08                     = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 09/10                      = 290 – 150
= 140 buah
Oleh yg demikian,
3:4                  = 140 buah
1 buah           = 140/7 = 20
dan 4 buah  = 4x 20 = 80 buah

Oleh itu jualan kamera digital pada tahun 2010 ialah sebanyak 80 buah.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:
1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.
cth_05_contoh_soalan_pengusa_kastam
Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

  • A. 105m2
  • B. 125m2
  • C. 230m2
  • D. 245m2

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Petak C = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C = 1/4 * (10 * 10)
= 25 m2
Panjang Petak B = panjang petak A + panjang petak C
= 10 + 5
= 15 m

Luas petak B = 15 * 7 = 105 m210

2. Setiap bulan, David membelanjakan 10% daripada gajinya bagi membayar kad kredit berjumlah RM100. Jika sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?

  • A. RM100
  • B. RM120
  • C. RM160
  • D. RM200

Jawapan: B

Teknik Menjawab:

10% daripada jumlah gaji                        = RM100
100% gaji = 100/20 x RM100              = RM1,000
20% kenaikan gaji                                       = 20/100 x RM1,000
= RM200
= RM200 + RM1,000
= RM1,200

Bil kad kredit baru                                       = 10% x RM1,200
= RM120

NAK LAGI CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM DAN CONTOH SOALAN MATEMATIK? BACA SELANJUTNYA

SEKSYEN  C – ESEI BAHASA MELAYU

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : Tiga (3) soalan pilih satu (1)
Panjang esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

SEKSEN D – ESEI BAHASA INGGERIS

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : Tiga (3) soalan pilih satu (1)
Panjang esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1). Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

c. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Soalan Esei
(Soalan-soalan di dalam Seksyen C dan D)

a. Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua (2) seksyen iaitu Seksyen C (Esei Bahasa Melayu) dan Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen, calon perlu memilih satu (1) daripada tiga (3) soalan yang dikemukakan.

b. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam bagi menjawab setiap esei. Bilangan perkataan bagi penulisan Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris adalah tidak dihadkan. Calon diberi masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bervariasi, di samping penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Calon-calon juga seharusnya dapat mengemukakan idea-idea dengan jelas dan matang serta disertakan contoh yang tepat dan sesuai. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya sepuluh (10) minit untuk merancang, membuat rangka jawapan dan sebagainya sebelum menulis esei.

Panduan Lengkap Dan Tips Lulus Peperiksaan Penguasa Kastam.

Antara tips-tips untuk lulus mana-mana peperiksaan adalah membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, jika ia adalah peperiksaan matematik, baca dan buat ulangkaji berkaitan dengan matematik. Jika ia bahasa melayu, banyakkan membaca bahan ilmiah berbahasa melayu atau mengikuti perkembangan semasa.

Bagi peperiksaan online Penguasa Kastam, apa yang nak di ulangkaji?

Jika anda ke kedai buku, pastinya anda tidak akan dapat mencari bahan rujukan yang sesuai untuk peperiksaan tersebut. Walaubagaimanapun, jangan risau kerana terdapat satu kumpulan yang menyediakan bahan rujukan khas untuk peperiksaan ini. Kumpulan ini dikenali sebagai Tim Infokerjaya. Mereka ada menghasilkan satu panduan lengkap untuk lulus peperiksaan yang anda boleh dapatkan dengan menekan link dibawah:

 [+] >> Dapatkan Panduan Dan Tips Lulus Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Disini.

Sehubungan itu, bahan rujukan yang diterbitkan oleh Tim Infokerjaya adalah dalam bentuk ebook yang anda boleh muat turun dan baca pada bila-bila masa.

Walaubagaimanapun, panduan tersebut hanya boleh dimuat turun untuk masa terhad bagi mengelakkan terlampau ramai calon yang berjaya yang akan menyebakan quota pengambilan melebihi had di tetapkan.

 [+] >> Dapatkan Panduan Dan Tips Lulus Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Disini.

Pin It on Pinterest