checklist

Senarai Semak Peperiksaan ONLINE 6 September

  1. Pastikan komputer anda (desktop/laptop) anda berfungsi dengan baik. Tidak lambat untuk loading
  2. Pastikan talian internet anda dalam keadaan terbaik. Untuk pengguna broadband pastikan kouta limit anda mencukupi
  3. Masuk ke link peperiksaan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan. Sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal
  4. Terus login menggunakan maklumat yang diberikan (Username, Password, Link Exam)
  5. Jawab dengan tenang setiap soalan secepat yang mungkin. Tinggalkan dahulu soalan yang anda tidak tahu kerana anda boleh mengulang semak nanti
  6. Sediakan kalkulator dan kertas bersama anda untuk pengiraan

Semakan Username, Password dan Link Peperiksaan

Setiap calon diberikan akses yang berbeza

  • Username adalah nombor kad pengenalan anda
  • Password adalah angka giliran anda
  • Link akses hanya ada pada surat panggilan anda

Untuk dapatkan semua maklumat di atas, anda harus buat semakan sendiri SEKARANG di;

Anda akan mendapat paparan sebegini. Dicadangkan untuk anda buat semakan sekarang kerana dikhuatiri esok akan terdapat masalah server yang lambat kerana terlalu banyak semakan berlaku

 login

Selesai Peperiksaan Tapi Ada MASALAH?

Jika berlaku masalah semasa peperiksaan anda boleh terus laporkan kepada SPA melalui;

  • Talian Urusetia Bahagian Peperiksaan
    • 03-8880 6468
    • 03-8880 6405
    • 03-8885 6347
    • 03-8885 6303
    • 03-8885 6344

Soalan tambahan GST

  1. Pilih padanan yang BENAR
  1. Cukai perkhidmatan – dikenakan pada pengangkutan awam.
  2. Duti import – dikenakan pada barang yang dibawa keluar daripada negara.
  3. Duti eksport – dikenakan pada barang yang dibawa masuk ke dalam negara.
  4. Cukai jualan – dikenakan pada sebahagian besar semasa import atau peringkat pengilangan.
  1. Berapakah kadar minimum nilai pusingan tahunan yang ditetapkan untuk pendaftaran GST?
  1. RM250,000
  2. RM500,000
  3. RM750,000
  4. RM1,000,000
  1. Mengapakah penaliti dikenakan dalam GST?
  1. Tidak berdaftar secara sah.
  2. Tidak mengemukakan penyata GST.
  3. Tuntutan dibuat dengan tidak tepat.
  4. Penyata GST yang disertakan kurang bayaran.
  1. I dan II
  2. I, II dan III
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV
  1. Jenis-jenis bekalan yang terdapat dalam GST ialah
  1. Pembekalan Tidak Termasuk Skop GST
  2. Pembekalan Berkadar Standard
  3. Pembekalan Berkadar Sifar
  4. Pembekalan Dikecualikan
  1. I dan II
  2. I, II dan III
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV
  1. Pembekalan Berkadar Stardard merujuk kepada
  1. Tuntutan hanya boleh dibuat sekiranya cukai input lebih besar dari cukai output.
  2. Barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada harga standard.
  3. Cukai dikutip oleh perniagaan dan dibayar kepada Kerajaan.
  4. Kredit pada input tidak boleh dituntut kembali.
  1. I dan II
  2. I, II dan III
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV
  1. Pembekalan berkadar sifar termasuklah
  1. Perniagaan tidak layak menuntut kredit cukai input semasa mendapatkan bekalan ini.
  2. Peniaga tidak boleh menuntut cukai input di setiap peringkat bekalan.
  3. GST yang dikenakan pada pengguna ialah sifar.
  4. Cukai output dikenakan atas pembekalan.
  1. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai Pembekalan dikecualikan
  1. Pembekalan tanpa cukai tertakluk kepada GST.
  2. Boleh mengenakan cukai output kepada pengguna.
  3. Perkhidmatan perubatan ialah bekalan yang dikecualikan.
  4. Perniagaan layak menuntut kredit cukai input semasa mendapatkan bekalan ini.
  1. Berikut ialah manfaat yang diterima dalam pembangunan infrastruktur sosial hasil daripada pelaksanaan GST KECUALI
  1. Kemudahan dan institusi kesihatan.
  2. Menaik taraf pengangkutan awam.
  3. Infrastruktur pendidikan.
  4. Kemudahan awam.
  1. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai GST
  1. GST diperkenalkan untuk menggantikan 2 cukai semasa iaitu cukai jualan 5% dan 10%.
  2. Makanan asas seperti beras, tepung, gula, rempah ratus, ikan, telur dan minyak masak dikecualikan dari GST.
  3. Barang eksport terkecuali daripada GST.
  4. Semua barang dan perkhidmatan dikenakan GST.
  1. I dan II
  2. I, II dan III
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV
  1. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan
  1. Pelaksanaan GST dapat mengurangkan karenah birokrasi.
  2. GST dapat mengelakkan cukai berganda.
  3. GST adalah bentuk cukai yang baru.
  4. Kadar GST ialah 6% sahaja.

Kami ucapkan salam sukses untuk anda dan didoakan kejayaan menjadi milik anda!

Ikhlas daripada kami di Tim Infokerjaya

Pin It on Pinterest