DESKRIPSI TUGAS PENGUASA KASTAM :

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Penguasa Kastam juga memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Selain Daripada itu, seorang Penguasa Kastam Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Pin It on Pinterest